Penghayatan Etika dan Peradaban memberikan penjelasan mengenai konsep etika daripada pelbagai perspektif peradaban. Kursus ini bertujuan untuk mengenal pasti sistem, tahap perkembangan, kemajuan serta kebudayaan merentas bangsa dalam usaha memperkukuh kesepaduan sosial. Selain itu, ia turut merangkumi perbincangan dan perbahasan isu-isu kontemporari yang melibatkan aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada sudut pandang etika dan peradaban. Pendekatan ini dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Dalam penyampaian kursus ini, amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (High Impact Educational Practices HIEPs) turut diterapkan bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
- Teacher: SITI NURUNNAJAH BINTI SULAIMAN .
- Enrolled students: 69